What I had in mind

Kau rasa hidup kau dah cukup susah sedangkan kau belum keluar melihat dunia sebenar. Asyik mengeluh dan menyalahkan takdir kenapa hidup kau tak semudah barisan menteri-menteri kabinet sana. Tak pernah cukup apa yang ada. Kenapa?

Terlalu banyak untuk aku rungkaikan kalau bercakap pasal rezeki sebabnya aku biasa hadir dikalangan mereka yang "terpaksa" menjual harga diri demi sebungkus nasi untuk suapan anak kecil.

Tiada jalan lain atau tak nampak jalan pulang?

Aku tak mampu bertanya kerana di antara kita yang hidup di muka bumi pada generasi ini, tidak semuanya mampu mengharungi susah payah yang tok nenek kita zaman dulu-dulu. Cuba kau pandang sejenak sawah padi di kiri kanan ketika sedang memandu, fikirkan perkembangan teknologi. Kerana mereka mampu buat pilihan, sebaliknya mereka memilih jalan mudah (ke neraka). Kasihan anak.

Aku juga biasa hadir dikalangan mereka yang berada. Punya harta berjuta namun kecundang akhirnya; lupa siapa diri. Riak dan angkuh teman di sisi.

Diri yang dirasakan terlalu tinggi, tiada langsung sifat simpati.

Hidupnya penuh suka dan harta namun diperolehi dari sumber yang dusta. Sekarang yang tinggal hanya duka dan kata. Pengajaran bagi aku depan mata.

Akhir kata, walau hidup aku tidak semewah mereka yang berada aku bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami dan sanggup belajar erti susah dan senang bersama. Aku sedang berusaha, dengan cara aku.

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - 94:5
إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا - 94:6

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan”.[Ash-Syarh: 5-6]

Ringankan tangan untuk bersedekah dan tunaikan zakat. In sha Allah akan ada jalan.

Hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa mutlak untuk menaikkan/menjatuhkan seseorang.

Bookmark

https://quran.com/94?translations=20,39